Pengerusi, Jawatankuasa Lembaga Perlu Menjalankan Penilaian Prestasi Secara Tetap – Pakar

15 October 2019

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Pengerusi dan jawatankuasa ahli lembaga korporat perlu menjalankan penilaian prestasi secara tetap bagi menentukan keberkesanan mereka, kata pakar tadbir urus korporat.

Shai Ganu, pengarah urusan; pemimpin perniagaan ganjaran — Willis Towers Watson Asia Pasifik, berkata penilaian prestasi secara tetap lebih baik dilakukan secara tahunan bagi membolehkan ahli lembaga melihat prestasi syarikat secara kritikal.

“Sebagai ahli lembaga, adakah kita secara kolektif menjalankan semua tanggungjawab kita?” beliau mengajukan soalan pada sesi bertajuk “Perancangan Penggantian: Apa Yang Berhasil, Apa Yang Tidak” pada Sidang Kemuncak Pengarah Antarabangsa 2019, di sini hari ini.

Tumpuan pengarah bukan eksekutif terhadap kepelbagaian mesti melibatkan gender, umur, tempoh perkhidmatan ahli lembaga, budaya, pengalaman antarabangsa, industri, fungsi pengalaman, serta kemahiran dan pengalaman.

Shai menyatakan bahawa kepelbagaan gender dalam lembaga adalah penting kerana lelaki dan wanita mempunyai cara yang sangat berbeza dalam menangani masalah dan cara yang berbeza untuk mendapatkan penyelesaian.

“Ini akhirnya akan berlaku sekiranya seseorang itu mengiktiraf untuk mempunyai wanita sebagai ahli lembaga sekiranya anda bercakap dengan mana-mana pengerusi yang progresif (kerana) wanita lebih cenderung memberi pertimbangan dan perspektif sebelum membuat keputusan.

“Ini mungkin kedengaran stereotaip, memandangkan sekumpulan semua lelaki, mereka kurang cenderung mempertimbangkan semua faktor lain sebelum membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata ahli lembaga dengan profil usia yang pelbagai menjadikan prestasi lebih baik.

“Satu daripada sebab yang memerlukan kepada pelbagai usia dengan mempunyai generasi berbeza, profil pengarah pelbagai usia akan memberi anda perspektif yang pelbagai,” kata Shai, dan menambah kebanyakan pengarah di Malaysia, khususnya dalam syarikat kecil dan sederhana mempunyai latar belakang yang tipikal seperti perundangan, perakaunan atau perniagaan.

“Majoriti daripada pengarah mempunyai kemahiran ini tetapi Tan Sri Zarinah Anwar (pengerusi Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) semalam menyatakan bahawa sebahagian kemahiran yang tiada adalah keselamatan siber, modal insan, dan perhubungan awam.

“Perhubungan awam adalah kemahiran yang semakin kurang diberi perhatian. Banyak skandal korporat boleh dielakkan jika ahli lembaga mempunyai kemahiran dalam perhubungan awam. Apa yang tidak perlu dikatakan kadang-kadang sama penting dengan apa yang hendak dikatakan,” tegasnya.

Sidang Kemuncak Pengarah Antarabangsa 2019 selama dua hari yang berakhir hari ini, dianjurkan oleh ICDM.

— BERNAMA

 

Artikel ini diambil dari Bernama.

Sponsors & Partners

gold sponsor

silver sponsors

Supporting Partners